Assalamualaikum . Malam ni aku na berkongsi sikit tentang nukilan aku mengenai kehidupan.Maaf sebab berbelit dan merepek. Itu cara aku .:)
*gambar dari Encik Google dan diedit oleh Perosak Bicara
Kehidupan yang terindah ini mungkin bukan dimiliki oleh semua orang. Namun semua orang berhak memiliki kehidupan terindah. Titisan air yang mengalir membasahi tubuh ini umpama menyedari akan kesakitan yg dilalui .Keperitan hidup mengajar kita untuk menghargai kehidupan kita. Pengalaman mendewasakan kita dalam menjalani hari hari mendatang. Tiadalah hidup kita ini untuk bermusuhan sesame kita. Menghargai orang lain adalah satu kewajipan kita sebagai seorang manusia. Kesabaran dalam menghadapi kesusahan dalam hidup ini menjadikan rencah kehidupan kita ini bertambah enak. Ramai yang boleh memberikan perumpamaan untuk kehidupan kita. Namun kita menjalani kehidupan yg berbeza,jadi perumpamaan hidup kita juga berbeza. Kita boleh menentukan arah tuju hidup kita,tetapi kita tidak dapat memastikan arah itu yg terbaik untuk kita ataupun tidak. Kita selalu berfikir tentang nasib malang kita,jarang sekali kita mensyukuri nikmat dan kejayaan dalam hidup kita. Kenapa? Kerana kita sebagai manusia mmg mudah menuding jari kepada orang lain. Kita lebih suka mengkaji hidup orang lain daripada kita muhasabah diri kita. Terdidiknya diri kita melalui pengalaman ini adalah kerana kehidupan adalah sekolah yg terbaik untuk kita belajar segalanya dalam kehidupan kerana kehidupan kita umpama jalan yg terpaksa kita lalui. Sepanjang perjalanan kehidupan kita,kita akan lalui bermacam-macam dugaan. Dugaan ini tidak akan dapat kita hadapi dengan mudah sekiranya kita tidak ada pengalaman. Dari mana datangnya pengalaman? Dari kehidupan. J
No comments:
Post a Comment