Okay. Assalamualaikum dan salam perpaduan. Untuk kali ni aku na cuba berkongsi sedikit mengenai kehidupan sekumpulan anak muda dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar di INSTITUT TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN YPJ *promot sikit. :P . Perjalanan yg ditempuh tidaklah seindah pelajar IPT yg lain. Mungkin sukar diluahkan kerana banyak masalah dalaman yg berlaku. Kehidupan yg ditempuh penuh dengan warna warna kehidupan yg boleh . Ada suka,duka dan ada yang ajaib. HAHA. Penuh dugaan dalam menjalani hari-2 yg berliku. Tak semua yg kita rancang akan berlaku bukan? Begitulah juga dengan hidup kami. Mula merancang dengan sebaik mungkin,namun ada saja dugaan yg berlaku. Namun itu semua bukanlah alasan untuk kami berhenti mencari sinar dalam kehidupan. Duit,pengangkutan,malas, dan macam-2 lagi masalah yg timbul menjadikan kami lebih matang dalam menjalani kehidupan. Walaupun bukanlah menjadi pelajar yg boleh dibanggakan,namun cukuplah kami membanggakan diri sendiri dengan kejayaan yg sedikit demi sedikit dicapai. Bak kata pepatah,Kota Rom tidak terbina dalam satu hari. Kenangan demi kenangan kami lalui . Mungkin sekarang kenangan itu tidak berharga,namun suatu hari nanti ia akan menjadi berlian di dalam permata kerana kenangan terlalu indah untuk diungkapkan. Salah faham , terasa hati itu pasti akan berlaku. Kerana itu yg dinamakan PERSAHABATAN. This is our memory dude.
kita sedang menuju zaman kegemilangan kita kawan. haha
No comments:
Post a Comment