Thursday, 1 December 2011

Bosan

Disaat ini aku kebosanan. Disaat ini aku kedukaan. Disaat ini jugalah aku mewujudkan blog yg serba kekurangan ini. Biar buruk janji aku puas. Aku na tulis apa aku punya suka. Aku sedih,bosan tension. Perkara yg buat aku jadi betul-2 tak selesa. Aku mula terfikir mungkin ini balasan atas segala silap dan salahku. Mungkin ini petunjuk supaya aku mencari penyelesaian yg sesuai untuk aku menghilangkan semua ini. Senyuman terukir di bibir hanyalah palsu. Biar palsu asalkan puas. Tersenyum menjadikan aku sedikit tenang. Namun ketenangan itu tidaklah setenang selalu. Mungkin hanya 20% dari ketenangan yg selalu aku lalui. Namun aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasa setiap perasaan yg wujud di dunia ini. Aku sedar aku tidak boleh terlalu lemah dalam menjalani kehidupan. Masih ramai lagi yg lebih bernasib malang daripadaku di luar sana. Namun mereka bisa bersabar. Kenapa tidak aku? Ya,aku harus menjalani dengan kesabaran kerana ini adalah ujian. Seperti kata seseorang yg ada di hatiku "ini bukan balasan,ini ujian :)". Ya,mungkin benar katamu. Insyaallah aku akan tabah. Sekian untuk yg pertama kali. Moga ada yg lain kali. Assalamualaikum.

HS

No comments: