Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan :)


Assalamualaikum warahmatullah. Setelah sekian lama,akhirnya Ramadhan muncul kembali. Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk kita menyambut Ramadhan kali ini. Diharapkan Ramadahn kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna. Eh,mcm lagu pulakk. Haha. Okayy,hari berpuasa biasalah penat+lapar. Tapi kejap je. Jangan risau dengan semua tu. Itulah dugaan Ramadhan. :) Dan di bulan Ramadhan ini lah kita akan bertemu dengan Solat Terawih. Dulu waktu kecik-2 mmg time pegi solat terawih ni ah paling meriah. Boleh main-2,main mecun,mcm-2 lagi lah. Byk sungguh kenangan dlm bulan Ramadhan ni yg menjadi kenangan manis. Sama-2 lah kita berdoa agar Ramadhan tahun ini dpt menjadikan kita seorang insan yg lebih bertakwa dan hati kita dibukakan untuk lebih mudah beribadah. Dan tk lama lagi,kita akan RAYA!! Haha. Lambat lagi kot. Akhir kata,hadapi Ramadhan anda dengan penuh keceriaan agar kita mendapat barakah dari Allah. :)

*Selamat menyambut bulan Ramadhan. :)


Monday 16 July 2012

Dia yg aku idam. :)

Assalamualaikum warahmatullah.

Ada lagi entry aku hari ni. Betul punya aku bosan ni. Haha. Jangan nk kondem aku ye. Aku hal aku. :D . Kali ni aku nk cerita sikit tentang gadis idaman aku yg aku harapkan boleh jadi penyejuk mata penawar hati penajam fikiran. Mungkin orang akan cakap aku berangan lah apa lah,tp sukahati aku lah ,aku yg nk. Ciri-2 tu ada pada dia ni. Tgk baik-2 ye. Hee. :)

*maaf syg. pinjam gambar awak. :)

Haaaa,itulah dia. Seorang wanita yg telah mencuri hati aku. Ciri-2 yg aku nak ada pada dia. Bertudung,manis,dan bijak berbicara. Dia juga mempunyai pandangan luas mengenai hidupnya. Itulah yg menyebabkan aku tertarik dengan dia ni. Heliza Helmi. Nama seindah orangnya. Siapa yg tk terpikat dgn keperibadain beliau. Aku harap dia akan terus menjadi insan yg lebih baik. Jangan pernah berubah okayy sayang. Jangan hancurkan hati ini. huhu. Akhir kata,aku berharap aku akan bertemu dengan seorang gadis yg  sama dengan dia. Punyai ciri selama ini ku cari. Berbeza wajah,ayunya tetap asli. hee. Doakan aku berjaya okayy. ;)


*i heart you sayang.  hihi. Jgn marah kak. :D




Sunday 15 July 2012

Bila Kita Jatuh Cinta?

Assalamualaikum warahmatullah.

Haa,semakin rancak pulak aku berbloging ni ekk. Haha. Mungkin untuk mengisi masa lapang yg semakin bosan malah bosan lagi membosankan. Haha. Okayy,berbalik kepada tajuk entry ni,aku mengakui sekarang aku BUKAN sedang dilamun cinta. Aku cuma nk berbual tentang perasaan bila jatuh cinta. Haa,agak jiwang kedengarannya. Kenapa jatuh cinta? Di mana jatuh cinta? Dengan siapa kita jatuh cinta? Bagaimana kita jatuh cinta? Itu semua persoalan yg tkkan kita tanya pada diri kita bila kita jatuh cinta. Haha. Kenapa? Sebab bila kita dh mula jatuh cinta,semua yg kita nampak pada individu yg kita cinta tu semuanya baik belaka. Dan mengikut sains,tempoh seratus hari pertama percintaan kita adalah tempoh waktu bahagia sehinggakan segalanya kita nampak indah. Kentut pasangan kita pun wangi,ketiaknya pun cukup harum padahal,mmg cam haremmmm. Haha. Jadi bila kita jatuh cinta,perasaan kita akan terus berbunga , dihujani bahagia. Wajahnya sering kita bayangkan,namanya sering kita sebut. Kenapa? Sebab kita dikaburi oleh cinta. Cinta ni tk salah tetapi cara kita mengemudi cinta tu yg bakal menentukan yg cinta itu salah mahupun tepat di landasan yg betul. Tapi kadang-2 kita sendiri tk mampu menghargai cinta yg ada . Kita leka,kita tk sedar akan kasih sayang yg wujud dlm cinta tu. Hingga sampai suatu masa nanti kita akan kecewa disebabkan kesilapan kita sendiri dalam mengemudi cinta itu. Jadi sebagai penutup,hargailah cinta bila ia di depan mata,jgn mula mencari bila ia mula hilang dari pandangan mata. :)


Saturday 14 July 2012

Pendusta Dalam Jujur


*gambar mmg tkde kena mengena dengan nukilan dlm entry. :)



SETIAP KALIMAH YG KAU UCAPKAN
SETIAP GERAK YG KAU LAKUKAN
SETIAP JANJI YG KAU TABURKAN
AKU PERCAYA

AKU DIAJAR KAU SEORANG YG BERILMU
AKU DIAJAR BAHAWA KAU PEMBELA BANGSAKU
AKU DIAJAR BAHWA KAU JUJUR DENGAN PERJUANGANMU
AKU PERCAYA

TAPI KINI AKU SEDAR
KAU BUKANLAH ORANG YG BERILMU
SETIAP KALIMAHMU JUGA TIADA YG BERMUTU
GERAK YG KAU LAKUKAN BUKANLAH UNTUK MEMBELA BANGSAKU
DAN SETIAP PERJUANGANMU HANYALAH UNTUK KEPENTINGAN DIRIMU

KAU HANYA SEORANG PENIPU
YG MENGGUNAKAN KAMI UNTUK KAU MAJU
 SUDAHYA KAMI KAU BUANG KEHULU
AGAR TIDAK KAMI BOCORKAN RAHSIAMU

Mimpi Bukan Angan



Kita selalu bermimpi,
Namun bukan setiap kali ianya indah,
Ada yg ngeri,ada yg murni,
Tp kita tetap terima kerna ia dtg tanpa dipinta.
Menjengah setiap lena yg kita wujudkan,
Menghentikan ketenangan setiap lena,
Namun mimpi tetap mimpi,
Kita tk mampu mencorak mimpi,
Kita hanya mampu mengukir angan,
Kerna dengan angan kita mampu mencipta cita,
Dengan cita kita akan berjaya.




Friday 13 July 2012

Akhirnya :)

Asslamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh. Lama jugak aku tk jenguk blog aku yg serba usang ni. Umpama memori yg usang,mengekori langkah kata nya. Haha.Bersawang sana sini. Maklumlah tk maintainance. Sebab aku lama tk bukak blog ini adalah kerana aku terlupa email blog ni. Haha.Apa punya malang lah nasib. Okay lah,tk banyak yg aku nk ceritakan sebab tk byk yg aku alami sepanjang aku tk bukak blog ni. Hidup aku jalani dengan penuh tenang,kurang masalah. Ada masalah tapi aku bersyukur aku sering ditemani dengan kawan-2 yg sangat memahami dan senang berbual. Bercerita dari hati ke hati menjadikan aku sedar yg aku antara yg paling beruntung di antara mereka. Kurang masalah membabitkan jiwa. Dalam masa yg sama aku cemburu dgn permasalahan itu kerana itu yg menjadikan hidup ini penuh warna warni. Dan aku juga bersyukur kerana dikurniakan seorang permaisuri yg aku jadikan teman sejatiku. Teman yg boleh aku berkongsi suka dan duka,senyum dan tawa juga segalanya. Aku harap semua ini akan kekal walaupun ada perkara yg bakal membataskan kami. Okayy,rasanya setakat ini sahajalah nukilan tulisan dan bisikan isi hati aku buat kali ini. Jika ada umur yg panjang,kita berjumpa lagi di lain hari waktu dan ketikanya. *Pd yg berkenaan dlm entry ni,fikirkanlah adakah diri anda yg aku maksudkan. :)



*senyuman ini ikhlas. hee. :)

Wednesday 15 February 2012

Sesuatu yg indah di dalam muzik yg keras.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam 1 Malaysia. Post kali ni aku na kasi up sikit satu lagu yg bagi aku menarik,terbaik,superb! Kadang-2 orang melihat muzik rock ni sebagai muzik yg melalaikan. Tapi secara halusnya kumpulan-2 rock Malaysia banyak jugak yg mengalunkan lagu yg berunsur nasihat serta keagamaan. Jadi ,aku tanak bual panjang,aku cuma na kngsi satu lagu dari kumpulan rock lagenda Malaysia , WINGS berjudul Alam Barzakh. Na dengar search je kat Youtube. Kat sini aku kepilkan lirik dia. Selamat membaca. Peace.:)


ALAM BARZAKH
Yang ku rindukan
Akhirnya berada di sini
Yang ku tinggalkan
Menangis di pintu kuburku

Ku lihat mereka
Berbisik sambil berdoa
Aku di sini
Sedang hanyut dalam cahaya

Hilanglah semua
Ketakutan dan kebimbangan
Yang ada hanya
Kemanisan dalam sejahtera

Tak perlu aku
Bertanya lagi
Siapakah diri ini
Tak perlu aku
Bertanya lagi
Apakah nasibku nanti
Di alam barzakh

Aku berlindung dari api yang membakar
Aku bergantung pada tali sejahtera
....sejahtera...