Assalamualaikum semua. Salam perpaduan salam 1 Malaysia salah ukhuwah. Banyakkan salam aku? Style orang kata. Eceh. Haha.Okay ah macam ni la ea. Kali ni aku na bebual pasal seseorang. Seseorang yg aku rasa mampu menjadi cinta ke-2 aku. Cinta pertama tu memang ah paling indah kan,tp dia ni berjaya memanipulasikan keadaan dan akhirnya membuat aku jatuh cinta yg betul-2 jatuh cinta. Ha,tu dia ayat . Mungkin bagi orang lain dia tak la secantik mana. Act bila mak aku tgk,akak aku tgk gambar dia yg aku buat wallpaper kat henset aku tu,diorang cakap "cantik lagi Z*****" . Memang ah cantik kalau ta,takkan aku lekat kan? haha. Tapi dia ni lain taw. Cara dia,gaya dia buat aku senang ngan dia. Certain perempuan yg aku kenal selepas Z***** semua ta macam dia. Sampai satu tahap,aku boleh mula rasa cemburu. Di pandangan lain,tiba-2 aku menjadi setia. Kenapa aku cakap aku setia? Sebab bila aku na kenal ngan perempuan lain aku akan teringatkan dia. *baru aku tahu aku ni setia. haha. Tapi aku takkan bercinta dengan dia. Sebab? Ada dalam poket rahsia aku. :) Dia ni istimewa tw.Dia lain daripada yg lain. Sebab tu aku bole lekat ngan dia. Apa perasaan dia kat aku itu aku ta kesah ah. Lantak ah. Yg penting aku ada perasaan aku kat dia. Dan terbukti aku ada perasaan. haha. Style gitu. Sepanjang perkenalan aku ngan dia,aku belajar banyak perkara. Dugaan hidup,dengki hasad manusia macam-2. Banyak yg dia tempuh dengan senyuman yg terukir di bibir dia. Dia wakilkan kata-2 dia untuk menunjukkan dia bahagia tapi sebenarnya tidak. Jauh disudut hatinya dia terseksa,jiwa merana. Itu yg buat aku kagum ngan dia. Dan tiba-2 pulak tercetus idea aku terus aku tulis something kat lappy aku. Then,bila member aku bawak gitar,aku terus masukkan melodinya. Maka terhasillah sebuah lagu yg aku cipta khas untuk dia. Eceh,hebat ta? haha.Jadi dengan segala rendah hatinya aku mewakilkan tulisan aku ni untuk tatapan korang. Aku namakan lagu ni ISTIMEWA. Sebab apa? Sukahati aku lah. haha. Okay. Ini lagu untuk awak taw. Terima kasih sebab sudi terus bersahabat dengan saya. Ni lirik je taw,lagu nya belum record. haha. Adios. With love <3 Haiqal. :)
Senyummu sungguh menawan,
katamu mewakilkankan kebahagiaan
namun hidupmu tiada seindah snyumanmu
dirimu tidak seperti yg diwakilkan katamu
perjalanan yg kau tempuh mengajar aku
ketabahanmu juga menyedarkan aku
hidup ini sememangnya berliku
ibarat jalan yg penuh dengan batu
kau insan istimewa
kau insan yg bertuah
kau punyai jalan sendiri
dalam membentuk haluan diri
kau ciptaan terindah
kau punya segalanya
namun mungkin belum tiba
masa untuk kau bahagia
Pesanku padamu agar kau sentiasa
menjalani hidup tanpa rasa cela dihatimu,
ku mahu kau tahu satu perkara
aku akan ada disisimu sentiasa. :)
Thursday, 22 December 2011
Tuesday, 13 December 2011
Sebuah Kenangan.
ADA PEPATAH YG BERBUNYI “BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG” YANG MEMBAWA MAKSUDJANGAN LAGI KITA INGAT DAN IMBAS KEMBALI MASA YANG TELAH PERGI. TETAPI ANDAINYA MASA LALU KITA ITU CUKUP INDAH UNTUK KITA INGATI ADAKAH TIDAK WAJAR UNTUK KITA KENANG? KENANGAN DALAM ERTI KATA LAIN MASA LALU KITA SEBENARNYA AMATLAH MAHAL HARGANYA. SESUNGGUHNYA KENANGAN YANG ADA DALAM DIRI KITA INI ADALAH MILIK KITA YANG ORANG LAIN TIDAOK AKAN MILIKI. MUNGKIN KITA MENGALAMINYA BERSAMA TETAPI PERASAAN KITA KETIKA KEJADIAN ITU MUNGKIN BERBEZA. JIKA INGIN DIUNGKAPKAN DENGAN LEBIH MENDALAM,KENANGAN INI SEBENARNYA ADALAH TEMPAT UNTUK KITA MENGUKUR DIRI KITA. DIMANA KITA BERADA SEKARANG ADALAH KERANA MASA LALU KITA. JIKA KITA TIDAK MELAKUKAN APA YG KITA LAKUKAN DULU,TIDAK MUNGKIN KITA BERADA DIMANA KITA SEKARANG. WALAUPUN KITA HANYA SEBAGAI PENEBAR ROTI CANAI,ITU JUGA ADALAH KERANA MASA LALU KITA. KITA TIDAK BOLEH MENYALAHKAN MASA LALU KITA KERANA IA HANYALAH SATU SUBJEK YG KITA TIDAK NAMPAK TETAPI KITA MERASAINYA.YANG MELALUINYA ADALAH KITA. KITA YANG MENCORAKKAN MASA LALU KITA DAN KITA JUGA YG MENENTUKAN UNTUK MENJADIKAN MASA LALU KITA SEBAGAI KENANGAN TERINDAH ATAUPUN SATU MIMPI NGERI. MUNGKIN ADA YG BERKATA MEREKA TIDAK PERNAH MEMINTA PERISTIWA YG BERLAKU KETIKA MASA LALU ITU TERJADI TETAPI IA TETAP TERJADI. ITU ADALAH TAKDIR YG KITA TIDAK BOLEH UBAH KERANA IA BERLAKU SECARA MENGEJUT SEPERTI TRAGEDI YG MENIMPA KITA. TETAPI KITA JUGA TIDAK BOLEH MENYALAHKAN TAKDIR UNTUK BERKATA YG KITA TIDAK BERJAYA HARI INI ADALAH KERANA SUDAH DITAKDIRKAN KITA UNTUK TIDAK BERJAYA. USAHA ADAAH TANGGA KEJAYAAN,KITA BOLEH BERUSAHA UNTUK MEMPERBAIKI TAKDIR BUKANNYA MENGUBAH TAKDIR. SEKURANG KURANGNYA KITA BOLEH MENJADI YANG LEBIH BAIK. BERBALIK KEPADA KISAH MASA LALU DAN KENANGAN,KEINDAHAN KENANGAN SEMEMANGNYA TIDAK BOLEH KITA SANGKAL KERANA DENGAN KENANGANLAH KITA HIDUP. KITA ADA KENANGAN MANIS YANG MENCERIAKAN KITA,KENANGAN PAHIT YG MEMBUAT KITA TERASA DAN MACAM2 LAGI KENANGAN YG BOLEH MEMBUAT KITA KETAWA,MENANGIS,KECEWA,MARAH DAN MACAM2 LAGI. RAMAI ORANG YG HANYA MAHU MENGINGATI KENANGAN MANIS DAN MAHU MELUPAKAN TERUS KENANGAN PAHITNYA. SESUNGGUHNYA MEMANG DIA ORANG YG RUGI. KERANA KENANGAN PAHIT ITULAH KITA MENANGIS. DAN DENGAN TANGISAN ITULAH YG MENGAJAR KITA UNTUK LEBIH BERHATI-HATI DALAM HIDUP. TANPA TANGISAN ,HIDUP INI SEUMPAMA TIADA PERINGATAN . AKHIR KATA,INGATLAH KITA HIDUP DENGAN KENANGAN,DAN KERANA KENANGANLAH KITA MENJADI MANUSIA.
Thursday, 8 December 2011
K.I.T.A 06-24
Okay. Assalamualaikum dan salam perpaduan. Untuk kali ni aku na cuba berkongsi sedikit mengenai kehidupan sekumpulan anak muda dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar di INSTITUT TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN YPJ *promot sikit. :P . Perjalanan yg ditempuh tidaklah seindah pelajar IPT yg lain. Mungkin sukar diluahkan kerana banyak masalah dalaman yg berlaku. Kehidupan yg ditempuh penuh dengan warna warna kehidupan yg boleh . Ada suka,duka dan ada yang ajaib. HAHA. Penuh dugaan dalam menjalani hari-2 yg berliku. Tak semua yg kita rancang akan berlaku bukan? Begitulah juga dengan hidup kami. Mula merancang dengan sebaik mungkin,namun ada saja dugaan yg berlaku. Namun itu semua bukanlah alasan untuk kami berhenti mencari sinar dalam kehidupan. Duit,pengangkutan,malas, dan macam-2 lagi masalah yg timbul menjadikan kami lebih matang dalam menjalani kehidupan. Walaupun bukanlah menjadi pelajar yg boleh dibanggakan,namun cukuplah kami membanggakan diri sendiri dengan kejayaan yg sedikit demi sedikit dicapai. Bak kata pepatah,Kota Rom tidak terbina dalam satu hari. Kenangan demi kenangan kami lalui . Mungkin sekarang kenangan itu tidak berharga,namun suatu hari nanti ia akan menjadi berlian di dalam permata kerana kenangan terlalu indah untuk diungkapkan. Salah faham , terasa hati itu pasti akan berlaku. Kerana itu yg dinamakan PERSAHABATAN. This is our memory dude.
kita sedang menuju zaman kegemilangan kita kawan. haha
Tuesday, 6 December 2011
Luahan Merepek Tentang Kehidupan. :)
Assalamualaikum . Malam ni aku na berkongsi sikit tentang nukilan aku mengenai kehidupan.Maaf sebab berbelit dan merepek. Itu cara aku .:)
*gambar dari Encik Google dan diedit oleh Perosak Bicara
Kehidupan yang terindah ini mungkin bukan dimiliki oleh semua orang. Namun semua orang berhak memiliki kehidupan terindah. Titisan air yang mengalir membasahi tubuh ini umpama menyedari akan kesakitan yg dilalui .Keperitan hidup mengajar kita untuk menghargai kehidupan kita. Pengalaman mendewasakan kita dalam menjalani hari hari mendatang. Tiadalah hidup kita ini untuk bermusuhan sesame kita. Menghargai orang lain adalah satu kewajipan kita sebagai seorang manusia. Kesabaran dalam menghadapi kesusahan dalam hidup ini menjadikan rencah kehidupan kita ini bertambah enak. Ramai yang boleh memberikan perumpamaan untuk kehidupan kita. Namun kita menjalani kehidupan yg berbeza,jadi perumpamaan hidup kita juga berbeza. Kita boleh menentukan arah tuju hidup kita,tetapi kita tidak dapat memastikan arah itu yg terbaik untuk kita ataupun tidak. Kita selalu berfikir tentang nasib malang kita,jarang sekali kita mensyukuri nikmat dan kejayaan dalam hidup kita. Kenapa? Kerana kita sebagai manusia mmg mudah menuding jari kepada orang lain. Kita lebih suka mengkaji hidup orang lain daripada kita muhasabah diri kita. Terdidiknya diri kita melalui pengalaman ini adalah kerana kehidupan adalah sekolah yg terbaik untuk kita belajar segalanya dalam kehidupan kerana kehidupan kita umpama jalan yg terpaksa kita lalui. Sepanjang perjalanan kehidupan kita,kita akan lalui bermacam-macam dugaan. Dugaan ini tidak akan dapat kita hadapi dengan mudah sekiranya kita tidak ada pengalaman. Dari mana datangnya pengalaman? Dari kehidupan. J
Sunday, 4 December 2011
Tertipu -.-'
Okay,first of all aku na ucapkan selamat menjalani kehidupan dengan sempurna . Semoga hidup anda sentiasa dilimpahi dengan rahmat dan berkat daripadaNya. Okay,tertipu. TIPU kita boleh kaitkan dengan sikap seseorang. Kebolehannya menipu membuatkan aku kagum kerana mampu memperdayakan aku dengan begitu mudah. Namun mungkin dia tidak sengaja ataupun mahu menjaga hati aku. Kerana sikap yg terlalu berterus terang juga mampu mengguris hati dan perasaan. Tapi apabila aku sendiri berada dalam situasi seperti ini, aku betul-2 rasa tertipu. Ta sepatutnya dia begitu. Hancur kepercayaan aku kepadanya. Aku letakkan kepercayaan yg tinggi padanya namun apabila penipuannya itu terpampang besar tanpa berselidung seperti aku ini tidak dapat melihat semua itu. Aku kecewa. Sungguh. Namun,aku tidak boleh menyalahkan dia 100% kerana aku tahu ini juga salahku kerana terlalu mempercayai dia. Aku percayakan dia bersebab. Biarlah hanya aku tahu sebab itu. Aku maafkan kamu walaupun penipuanmu ini mengguris hatiku. Sungguh aku sukar untuk marahkan kamu. :')
*Aku maafkan kamu
Ta perlu kita bertemu cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup jangan sebut namaku.
*Aku maafkan kamu
Ta perlu kita bertemu cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup jangan sebut namaku.
Saturday, 3 December 2011
Mr . Cameraman In Making
*ini signaturenya. :D
Mr.Cameraman yg aku na story ni ialah member aku iaitu Mhd Naqib @ Aqee Chvz. Sebab selalu lepak ngan dia so aku rasa dia agak hebat ah dalam bidang ni dan bole pergi jauh sebab hasil-2 seni dia pun boleh membanggakan makbapak ah. #aku puji ni qib. :D
Berbekalkan Nikon D3100 yg dibelinya,dia berjaya mempekembangkan bakatnya yg sebelum ini hanya snap pic guna handset dia sahaja. Dia berjaya menjadikan gambar-2nya kelihatan menarik,tertarik dan memang Da'Bomb ah! Aku pun sbenarnya teringin na tangkap gambar-2 camtu,tapi apakan daya bakat tu kureng sikit ah cha. XD. Okay,kalau na tengok karya dia,aku tampilkan beberapa keping gambar yg menarik untuk tatapan anda semua. Now presenting....
|
|
|
|
*abaikan tentang model itu. :P
Menarik bukan? So this is our Mr.Cameraman In Making.
Credit to:Nqb
Puisi Aku :)
INILAH MASANYA
Gelap seluruh maya,
Kau nyalakan lilin sebatang,
Mana pergi cahaya?
Rupanya ka sapu semuanya,
Kau sangka kami akal tiada,,
Menipu dunia dengan bicara,
Hanya kain secebis Cuma,
Kau tutupkan bangkai gajah yang tidak berdosa,
Cukuplah dengan apa yg kau lakukan,
Tidak puaskah dengan kemewahan,
Dengan darjat yg telah disajikan,
Mengapa harus kau gelapkan semua mata?
Janji diucap manis mulutmu,
Memberi jaminan yg tentunya palsu,
Kami tidak mungkin lagi tertipu,
Dengan mulut celakamu!
Bangkitlah perwira segenap desa,
Bandar yg besar ayuh bersama,
Kita menuntut satu keadilan,
Membalas segala kezaliman.
Penulis: HaiqalSlamat
Masa: 8.15 pm
Tarikh:3/12/2011
Thursday, 1 December 2011
Bosan
Disaat ini aku kebosanan. Disaat ini aku kedukaan. Disaat ini jugalah aku mewujudkan blog yg serba kekurangan ini. Biar buruk janji aku puas. Aku na tulis apa aku punya suka. Aku sedih,bosan tension. Perkara yg buat aku jadi betul-2 tak selesa. Aku mula terfikir mungkin ini balasan atas segala silap dan salahku. Mungkin ini petunjuk supaya aku mencari penyelesaian yg sesuai untuk aku menghilangkan semua ini. Senyuman terukir di bibir hanyalah palsu. Biar palsu asalkan puas. Tersenyum menjadikan aku sedikit tenang. Namun ketenangan itu tidaklah setenang selalu. Mungkin hanya 20% dari ketenangan yg selalu aku lalui. Namun aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk merasa setiap perasaan yg wujud di dunia ini. Aku sedar aku tidak boleh terlalu lemah dalam menjalani kehidupan. Masih ramai lagi yg lebih bernasib malang daripadaku di luar sana. Namun mereka bisa bersabar. Kenapa tidak aku? Ya,aku harus menjalani dengan kesabaran kerana ini adalah ujian. Seperti kata seseorang yg ada di hatiku "ini bukan balasan,ini ujian :)". Ya,mungkin benar katamu. Insyaallah aku akan tabah. Sekian untuk yg pertama kali. Moga ada yg lain kali. Assalamualaikum.
HS
HS
Subscribe to:
Posts (Atom)