Saturday, 28 January 2012

Bila Matahari Terbenam



Kehidupan ini sering merakamkan sesuatu  untuk kita igati. Samada indah mahupun muram,hanya situasi yg membawanya. Perjalanan kehidupan dari sehari ke sehari pasti membibitkan sesuatu yg bermakna dalam hidup kita. Perjalanannya sama seperti satu jalan cerita yg dihasilkan oleh seorang penulis skrip untuk filemnya. Ada permulaannya,ada klimaks dan ada penghujungnya. Jika ingin dibicarakan tentang perjalanan hidup kita di dunia,permulaannya adalah di saat lahirnya kita di muka bumi yg serba luas ini,manakala klimaksnya apabila kita mengharungi pelbagai dugaan dalam kehidupan yg penuh ranjau ini dan penghujungnya sudah semestinya apabila terputusnya hubungan kita dengan kehidupan di dunia ini. Namun ingin aku bicarakan tentang sesuatu yg lebih kecil skopnya iaitu perjalanan hidup kita dalam sehari ataupun 24jam kita hidup dalam hari itu. Penceritaanya sama iaitu kita bermula dgn membuka mata dan berakhir dengan menutup mata dari melihat bumi ALLAH yg penuh dengan keindahan ini. Namun klimaksnya yg sering menjadi persoalan. Adakah ketika kita melakukan aktiviti seharian atau pun ketika waktu sempadan antara malam dan siang iaitu senja. Bagi hemat aku,klimaksnya dalah ketika waktu senja kerana ketika itu ketenangan dan kekacau bilauan bergabung. Ya,mungkin sukar untuk memahami apa yg terkandung dalam buah fikiran aku hingga aku mengatakan sebegitu. Tapi itu hanya pada pandangan aku. Pada waktu senja adalah waktu yg majoriti dari kita sedang berehat. Setelah hampir seharian membantng tulang,ta kira bekerja mahupun belajar,waktu senja itulah masa pertama untuk kita berehat menenangkan fikiran. Namun,ketika menenangkan fikiran.pasti akan ada sesuatu yg mengganggu fikiran kita. Samada masalah ataupun apa saja,pasti berlegar d minda kita. Kerana itu aku katakan di waktu ini ketenangan dan kekacau bilauan bergabung. Namun itulah uniknya. Apa yg berlegar dalam fikiran kita sewaktu kita berehat ini lah yg membolehkan otak kita berputar lalu mancampur adukkan segala yg berada di dalam benak fikiran kita . Ia akan menjadi satu detik yg membuatkan kita keliru dalam ketenangan. Ini dpt membantu kita mencerdaskan otak. Namun aku yakin tidak semua akan bersetuju dengan hujah aku ini. Aku berhujah berdasarkan pengalaman aku. Apa yg aku pernah alami. Klimaks kita dalam satu hari itu bermula BILA MATAHARI TERBENAM dan akan berakhir klimaks itu pabila LAMPU TERPADAM.  Sekian. :)

p/s:aku merepek apa pun aku ta tahu ah ni kan. :D

No comments: