Saturday, 21 July 2012

Salam Ramadhan :)


Assalamualaikum warahmatullah. Setelah sekian lama,akhirnya Ramadhan muncul kembali. Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur untuk kita menyambut Ramadhan kali ini. Diharapkan Ramadahn kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna. Eh,mcm lagu pulakk. Haha. Okayy,hari berpuasa biasalah penat+lapar. Tapi kejap je. Jangan risau dengan semua tu. Itulah dugaan Ramadhan. :) Dan di bulan Ramadhan ini lah kita akan bertemu dengan Solat Terawih. Dulu waktu kecik-2 mmg time pegi solat terawih ni ah paling meriah. Boleh main-2,main mecun,mcm-2 lagi lah. Byk sungguh kenangan dlm bulan Ramadhan ni yg menjadi kenangan manis. Sama-2 lah kita berdoa agar Ramadhan tahun ini dpt menjadikan kita seorang insan yg lebih bertakwa dan hati kita dibukakan untuk lebih mudah beribadah. Dan tk lama lagi,kita akan RAYA!! Haha. Lambat lagi kot. Akhir kata,hadapi Ramadhan anda dengan penuh keceriaan agar kita mendapat barakah dari Allah. :)

*Selamat menyambut bulan Ramadhan. :)


Monday, 16 July 2012

Dia yg aku idam. :)

Assalamualaikum warahmatullah.

Ada lagi entry aku hari ni. Betul punya aku bosan ni. Haha. Jangan nk kondem aku ye. Aku hal aku. :D . Kali ni aku nk cerita sikit tentang gadis idaman aku yg aku harapkan boleh jadi penyejuk mata penawar hati penajam fikiran. Mungkin orang akan cakap aku berangan lah apa lah,tp sukahati aku lah ,aku yg nk. Ciri-2 tu ada pada dia ni. Tgk baik-2 ye. Hee. :)

*maaf syg. pinjam gambar awak. :)

Haaaa,itulah dia. Seorang wanita yg telah mencuri hati aku. Ciri-2 yg aku nak ada pada dia. Bertudung,manis,dan bijak berbicara. Dia juga mempunyai pandangan luas mengenai hidupnya. Itulah yg menyebabkan aku tertarik dengan dia ni. Heliza Helmi. Nama seindah orangnya. Siapa yg tk terpikat dgn keperibadain beliau. Aku harap dia akan terus menjadi insan yg lebih baik. Jangan pernah berubah okayy sayang. Jangan hancurkan hati ini. huhu. Akhir kata,aku berharap aku akan bertemu dengan seorang gadis yg  sama dengan dia. Punyai ciri selama ini ku cari. Berbeza wajah,ayunya tetap asli. hee. Doakan aku berjaya okayy. ;)


*i heart you sayang.  hihi. Jgn marah kak. :D




Sunday, 15 July 2012

Bila Kita Jatuh Cinta?

Assalamualaikum warahmatullah.

Haa,semakin rancak pulak aku berbloging ni ekk. Haha. Mungkin untuk mengisi masa lapang yg semakin bosan malah bosan lagi membosankan. Haha. Okayy,berbalik kepada tajuk entry ni,aku mengakui sekarang aku BUKAN sedang dilamun cinta. Aku cuma nk berbual tentang perasaan bila jatuh cinta. Haa,agak jiwang kedengarannya. Kenapa jatuh cinta? Di mana jatuh cinta? Dengan siapa kita jatuh cinta? Bagaimana kita jatuh cinta? Itu semua persoalan yg tkkan kita tanya pada diri kita bila kita jatuh cinta. Haha. Kenapa? Sebab bila kita dh mula jatuh cinta,semua yg kita nampak pada individu yg kita cinta tu semuanya baik belaka. Dan mengikut sains,tempoh seratus hari pertama percintaan kita adalah tempoh waktu bahagia sehinggakan segalanya kita nampak indah. Kentut pasangan kita pun wangi,ketiaknya pun cukup harum padahal,mmg cam haremmmm. Haha. Jadi bila kita jatuh cinta,perasaan kita akan terus berbunga , dihujani bahagia. Wajahnya sering kita bayangkan,namanya sering kita sebut. Kenapa? Sebab kita dikaburi oleh cinta. Cinta ni tk salah tetapi cara kita mengemudi cinta tu yg bakal menentukan yg cinta itu salah mahupun tepat di landasan yg betul. Tapi kadang-2 kita sendiri tk mampu menghargai cinta yg ada . Kita leka,kita tk sedar akan kasih sayang yg wujud dlm cinta tu. Hingga sampai suatu masa nanti kita akan kecewa disebabkan kesilapan kita sendiri dalam mengemudi cinta itu. Jadi sebagai penutup,hargailah cinta bila ia di depan mata,jgn mula mencari bila ia mula hilang dari pandangan mata. :)


Saturday, 14 July 2012

Pendusta Dalam Jujur


*gambar mmg tkde kena mengena dengan nukilan dlm entry. :)



SETIAP KALIMAH YG KAU UCAPKAN
SETIAP GERAK YG KAU LAKUKAN
SETIAP JANJI YG KAU TABURKAN
AKU PERCAYA

AKU DIAJAR KAU SEORANG YG BERILMU
AKU DIAJAR BAHAWA KAU PEMBELA BANGSAKU
AKU DIAJAR BAHWA KAU JUJUR DENGAN PERJUANGANMU
AKU PERCAYA

TAPI KINI AKU SEDAR
KAU BUKANLAH ORANG YG BERILMU
SETIAP KALIMAHMU JUGA TIADA YG BERMUTU
GERAK YG KAU LAKUKAN BUKANLAH UNTUK MEMBELA BANGSAKU
DAN SETIAP PERJUANGANMU HANYALAH UNTUK KEPENTINGAN DIRIMU

KAU HANYA SEORANG PENIPU
YG MENGGUNAKAN KAMI UNTUK KAU MAJU
 SUDAHYA KAMI KAU BUANG KEHULU
AGAR TIDAK KAMI BOCORKAN RAHSIAMU

Mimpi Bukan Angan



Kita selalu bermimpi,
Namun bukan setiap kali ianya indah,
Ada yg ngeri,ada yg murni,
Tp kita tetap terima kerna ia dtg tanpa dipinta.
Menjengah setiap lena yg kita wujudkan,
Menghentikan ketenangan setiap lena,
Namun mimpi tetap mimpi,
Kita tk mampu mencorak mimpi,
Kita hanya mampu mengukir angan,
Kerna dengan angan kita mampu mencipta cita,
Dengan cita kita akan berjaya.




Friday, 13 July 2012

Akhirnya :)

Asslamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh. Lama jugak aku tk jenguk blog aku yg serba usang ni. Umpama memori yg usang,mengekori langkah kata nya. Haha.Bersawang sana sini. Maklumlah tk maintainance. Sebab aku lama tk bukak blog ini adalah kerana aku terlupa email blog ni. Haha.Apa punya malang lah nasib. Okay lah,tk banyak yg aku nk ceritakan sebab tk byk yg aku alami sepanjang aku tk bukak blog ni. Hidup aku jalani dengan penuh tenang,kurang masalah. Ada masalah tapi aku bersyukur aku sering ditemani dengan kawan-2 yg sangat memahami dan senang berbual. Bercerita dari hati ke hati menjadikan aku sedar yg aku antara yg paling beruntung di antara mereka. Kurang masalah membabitkan jiwa. Dalam masa yg sama aku cemburu dgn permasalahan itu kerana itu yg menjadikan hidup ini penuh warna warni. Dan aku juga bersyukur kerana dikurniakan seorang permaisuri yg aku jadikan teman sejatiku. Teman yg boleh aku berkongsi suka dan duka,senyum dan tawa juga segalanya. Aku harap semua ini akan kekal walaupun ada perkara yg bakal membataskan kami. Okayy,rasanya setakat ini sahajalah nukilan tulisan dan bisikan isi hati aku buat kali ini. Jika ada umur yg panjang,kita berjumpa lagi di lain hari waktu dan ketikanya. *Pd yg berkenaan dlm entry ni,fikirkanlah adakah diri anda yg aku maksudkan. :)



*senyuman ini ikhlas. hee. :)

Wednesday, 15 February 2012

Sesuatu yg indah di dalam muzik yg keras.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam 1 Malaysia. Post kali ni aku na kasi up sikit satu lagu yg bagi aku menarik,terbaik,superb! Kadang-2 orang melihat muzik rock ni sebagai muzik yg melalaikan. Tapi secara halusnya kumpulan-2 rock Malaysia banyak jugak yg mengalunkan lagu yg berunsur nasihat serta keagamaan. Jadi ,aku tanak bual panjang,aku cuma na kngsi satu lagu dari kumpulan rock lagenda Malaysia , WINGS berjudul Alam Barzakh. Na dengar search je kat Youtube. Kat sini aku kepilkan lirik dia. Selamat membaca. Peace.:)


ALAM BARZAKH
Yang ku rindukan
Akhirnya berada di sini
Yang ku tinggalkan
Menangis di pintu kuburku

Ku lihat mereka
Berbisik sambil berdoa
Aku di sini
Sedang hanyut dalam cahaya

Hilanglah semua
Ketakutan dan kebimbangan
Yang ada hanya
Kemanisan dalam sejahtera

Tak perlu aku
Bertanya lagi
Siapakah diri ini
Tak perlu aku
Bertanya lagi
Apakah nasibku nanti
Di alam barzakh

Aku berlindung dari api yang membakar
Aku bergantung pada tali sejahtera
....sejahtera...

Saturday, 28 January 2012

Bila Matahari Terbenam



Kehidupan ini sering merakamkan sesuatu  untuk kita igati. Samada indah mahupun muram,hanya situasi yg membawanya. Perjalanan kehidupan dari sehari ke sehari pasti membibitkan sesuatu yg bermakna dalam hidup kita. Perjalanannya sama seperti satu jalan cerita yg dihasilkan oleh seorang penulis skrip untuk filemnya. Ada permulaannya,ada klimaks dan ada penghujungnya. Jika ingin dibicarakan tentang perjalanan hidup kita di dunia,permulaannya adalah di saat lahirnya kita di muka bumi yg serba luas ini,manakala klimaksnya apabila kita mengharungi pelbagai dugaan dalam kehidupan yg penuh ranjau ini dan penghujungnya sudah semestinya apabila terputusnya hubungan kita dengan kehidupan di dunia ini. Namun ingin aku bicarakan tentang sesuatu yg lebih kecil skopnya iaitu perjalanan hidup kita dalam sehari ataupun 24jam kita hidup dalam hari itu. Penceritaanya sama iaitu kita bermula dgn membuka mata dan berakhir dengan menutup mata dari melihat bumi ALLAH yg penuh dengan keindahan ini. Namun klimaksnya yg sering menjadi persoalan. Adakah ketika kita melakukan aktiviti seharian atau pun ketika waktu sempadan antara malam dan siang iaitu senja. Bagi hemat aku,klimaksnya dalah ketika waktu senja kerana ketika itu ketenangan dan kekacau bilauan bergabung. Ya,mungkin sukar untuk memahami apa yg terkandung dalam buah fikiran aku hingga aku mengatakan sebegitu. Tapi itu hanya pada pandangan aku. Pada waktu senja adalah waktu yg majoriti dari kita sedang berehat. Setelah hampir seharian membantng tulang,ta kira bekerja mahupun belajar,waktu senja itulah masa pertama untuk kita berehat menenangkan fikiran. Namun,ketika menenangkan fikiran.pasti akan ada sesuatu yg mengganggu fikiran kita. Samada masalah ataupun apa saja,pasti berlegar d minda kita. Kerana itu aku katakan di waktu ini ketenangan dan kekacau bilauan bergabung. Namun itulah uniknya. Apa yg berlegar dalam fikiran kita sewaktu kita berehat ini lah yg membolehkan otak kita berputar lalu mancampur adukkan segala yg berada di dalam benak fikiran kita . Ia akan menjadi satu detik yg membuatkan kita keliru dalam ketenangan. Ini dpt membantu kita mencerdaskan otak. Namun aku yakin tidak semua akan bersetuju dengan hujah aku ini. Aku berhujah berdasarkan pengalaman aku. Apa yg aku pernah alami. Klimaks kita dalam satu hari itu bermula BILA MATAHARI TERBENAM dan akan berakhir klimaks itu pabila LAMPU TERPADAM.  Sekian. :)

p/s:aku merepek apa pun aku ta tahu ah ni kan. :D

Saturday, 14 January 2012

Gembirailah hidup ini. :)


*gambar hiasan. tade kena mengena. :P
Assalamualaikum dan salam sejahtera salam perpaduan serta salam 1 Malaysia. Dihari ahad yg indah ini aku lampirkan satu post yg annoying,yg merepek dan segalanya. Aku ta tahu apa motif aku bikin post ni. Tapi yg aku tahu aku rindu na menulis. Aku rindu na berkarya. Da lama ta bikin cerpen ,da lama ta bikin puisi dan ape jadah sume. Itu yg aku rindu. Terlalu sibuk menjalani kehidupan yg serba indah ini. Melalui kebahagiaan demi kebahagiaan bersama dia dan rakan-rakan. Hingga aku ta sedar yg aku mula lupakan kehidupan lama aku. Aku menjadi lupa akan keindahan yg dulu aku kecapi. Hidup ni terlalu indah untuk dilupakan. Yang pasti kenangan itu tetap indah walaupun pahit. Sebelum aku merepek lagi baik aku balik dulu. Aku na potong rambut. New hair cut for new world life. Sebelum tu,
servis kereta kat puspakom,
Assalamualaikum. :)

Sunday, 1 January 2012

Hidup dan Lagu

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Kali ni aku na post something yg aku rasa sesetengah orang dalam dunia ni akan rasa. Hidup dan lagu. Bagi sesetengah orang,setiap yg mereka lalui di dunia ni ada lagu yg tersendiri. Bagi insan biasa,mereka masukkan situasi mereka kedalam lagu yg sedia ada kat radio,youtube or anything.Bagi mereka perjalanan yg diorang tempuh kat dunia ni ,pasti ada lagu yg sesuai untuk mereka gambarkan. Contohnya bila diorang tgh happy,lagu-2 yg cathcy menjadi tema mereka. Bagi yg putus cinta pulak,mestilah lagu sedih an. Macam ombak rindu gitu. haha. Mungkin ada lagu yg bole jadi kenangan ,dan ada lagu yg bole buat diorang sakit hati. Semuanya pasal lagu. Tapi bagi insan yg berdarah seni pulak,mereka mengaplikasikan situasi mereka tu dengan mencipta lagu. Lagu dari pengalaman mereka,lagu dari kisah hidup mereka,lagu dari apa yg mereka lalui dlam dunia ni.mereka menggunakan medium melodi dan lirik itu untuk mewaklkan kata hati dan naluri mereka. ahaa. itu dia. Lebih kurang mcm tu ah . Dan bagi aku pulak,lagu tu boleh mempengaruhi mood aku. Dan bila aku mood tgh slow,aku akan dengar lagu Wings. Dan bila mood au tengah mencanak naik pun aku dgr lagu Wings. haha. Jiwa rockers kan? Itu dia. Haha. Okay lah kan,sebelom aku mengarut lagi panjang,aku rasa aku hentikan penulisan aku ni setakat ini saja. Semoga kita bertemu lagi di lain waktu. Jadi , mari..Marilah. Mari apa? Mari bergembira di hari raya. haha.

anak ikan mengejar lembu,
anak lembu mengejar ikan,
mari belajar mencipta lagu,
ada awek boleh tujukan. :D